CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 14, 2008

Sekadar Peringatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat fillah

Assalamualaikum wrt ,

Terpulang kepada saudara-saudari nak percaya atau tidak. Tetapi sekurang-kurangnya mari lah kita sama-sama check diri sendiri dan lengkapi diri dengan persediaan sewajarnya jika keadaan ini berlaku suatu hari nanti ... Wallahua'lam ...

***************************************************
( Foward dari seorang sahabat ... )

Wahai saudaraku...
gerhana bulan dan matahari telahpun berlaku pada bulan Ramadhan ini..
sebelumnya, tiga gempa bumi besar telah juga berlaku..
ingatlah terhadap pesanan Rasulullah mengenai kemunculan zaman kemusnahan manusia akan menjelma..
haruslah kita saling mengingati..
Satu bencana dijangka akan tiba yang lebih dahsyat dari Tsunami akan muncul...
negara kita dijangka akan terkena tempias yang besar...
bersediakah kita??

Akan berlaku perang saudara yang besar sesama Islam yang mana dijangka berlaku di Iraq..
Ia adalah salah satu petanda yang dikatakan baginda Rasul sebagai salah satu petanda besar hari pengakhiran...
peperangan ini dijangka akan melibatkan beberapa negeri Islam termasuk Turki..
ingatlah, apabila ini berlaku, akan timbul kekacauan sesama umat Islam...
selepas perang saudara ini, akan timbul akhirnya satu gerakan Islam yang baru (tak ingat namanya yang disebut tadi)..

mengikut penceramah tadi, daripada Hadis yang ditelitinya, satu perkara akan melanda ketika musim Haji..
mungkin yang terdekat iaitu semasa bulan Zulhijjah yang akan datang semasa musim haji...
apa yang akan berlaku???
ramai umat Islam akan terbunuh..
Demi Allah..
saya hanya menyampaikan apa yang didengari...
semoga Allah selamatkan kita dari kemusnahan bencana dan tragedi...
menurut penceramah itu lagi, umat Islam akan mula menyalahkan agamanya sendiri (seperti apa yang dikeluhkan oleh saudara kita di Pakistan) dan akan menyalahkan Allah...
takutlah kita supaya kita tidak tergolong antara golongan ini...

wahai sahabatku,
pada masa berlakunya peristiwa ini, akan berlaku satu keadaan yang amat porak peranda di kalangan umat Islam...
ramai akan berpusu-pusu ke Mekah untuk mencari jawapan kepada masalah yang berlaku...
(ini tidak termasuk wabak penyakit yang menjadi salah satu tanda kemusnahan umat manusia terutama Islam sendiri)...
ketika perkara inilah, 7 ulama dikatakan akan mengelilingi Ka'abah untuk cuba sama-sama menyelesaikan masalah umat Islam...
sehingga mereka terjumpa(tak pasti yang ni, dikatakan dia adalah antara jemaah yang berada didalam keliling Kaabah itu sendiri)
pemuda ini disebutkan adalah penyelesaian kepada masalah umat Islam...
pemuda ini kemudiannya melarikan diri sebelum ditangkap dan dibawa semula ke depan Kaabah...
lalu disuruh pemuda ini berkhutbah..
akhirnya dia mengalah dan dia setuju untuk memberi khutbah..
(berdekatan makan Nabi Ibrahim)...

bersedialah sahabatku...
ada tiga negeri yang dikatakan akan memerangi Imam Mahadi ini(samaada Turki, Iran dan Arab saudi sendiri)...
Tentera Imam Mahadi dikatakan akan melarikan diri ke Tanah suci di Palestin dimana mereka akan berperang dengan Yahudi...
(semasa proses melarikan diri ke BaitulMaqdis, tentera-tentera yang mengejar Imam Mahadi dan pengikutnya akan ditelan oleh padang pasir...
sehingga tinggal hanya 2 orang untuk memberitahu manusia bahawa yang lain telah ditelan bumi..)

semasa perang dengan Yahudi, kemusnahan dari peperangan ini akan berlaku di sempadan Palestin, dikatakan akan berlaku di Gaza...
bukankah Pihak Yahudi berusaha keras mengeluarkan rakyat mereka dari situ??
adakah itu kerana kebetulan??
sebenarnya mereka percaya bahawa satu peperangan akan berlaku disitu(iaitu dengan tentera Imam Mahadi)..
penceramah itu juga menyebut bahawa tentera Imam mahadi akan meruntuhkan tembok2 yang dibina oleh orang Yahudi...
dan tentera Imam Mahadi akan dibantu oleh tentera yang muncul selepas perang saudara di Iraq tadi...

Demi Allah...
banyak lagi perkara-perkara yang telah dikaji dan diselidik akan berlaku dalam tempoh terdekat ini...

di kesempatan ini... s
aya ingin mengingatkan kepada saudara dan diri saya sendiri, supaya kita sedar akan beberapa perkara dan bersedia dengan beberapa perkara...

bersedialah:

- dengan kemunculan bencana alam yang lebih hebat dari Tsunami.. ramalan dikatakan ombak setinggi 37 meter(Tsunami di Indon adalah 16meter) akan berlaku...

- kemungkinan perang saudara yang dahsyat di Iraq (antara puak Syiah dan Sunni)

- pembunuhan Islam semasa musim Haji.. akan meyebabkan huru-hara antara umat Islam...(ramai akan menyalahkan Allah dan Islam)...

- kemunculan satu pasukan tentera baru kesan dari peperangan saudara di Iraq... (mintak maaf saya tak ingat siapa nama pemimpinnya)

- kemunculan Imam Mahadi... (lebih kurang Zulhijjah hingga Muharam) - tentera akan memerangi Imam Mahadi...

- Imam Mahadi akan lari ke BaitulMaqdis.. (tentera yang mengejarnya akan ditelan dipadang pasir)

- tentera Imam Mahadi akan berperang dengan Yahudi (gaza)

- selain tanda-tanda kecil yang lain yang sangat nyata...

amalan:

- saling mengingati sesame manusia...
saya hanya menyampaikan apa yang disampaikan...
mungkin perkara ini tidak akan berlaku tahun ini...
tetapi ingatlah, umat Nabi Muhammad tidak akan hidup kurang dari 1400 tahun dan tidak lebih 1500 tahun (maknanya tahun Hijrah)...

- bacalah surah Al-Kahfi (10terawal dan 10terakhir)

- banyaklah bangun malam, sebab skrg ni bulan Ramadhan baguslah untuk practice...

- buatlah amalan2 yang baik...

-banyak berdoa supaya kita dielakkan dari segala fitnah, kesesatan, neraka Jahannam, terutama MURTAD tanpa disedari...

Segala yang baik hanya dari Allah...
sekiranya ada tersalah cakap, silalah betulkan...
semoga kita sama-sama dapat berjuang untuk agama Allah dan bersedia dari segala perkara Insya-Allah...

Wallahua'lam ...

0 comments: